Sunday, June 17, 2007

Berangkat ke Padang Arafah

Kami bertolak ke padang Arafah selepas solat Isyak. Lagi sekali kami terpaksa menunggu bas. Perjalanan ke Arafah hanya mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Sepanjang perjalanan kami saksikan pemandangan yang lain dari yang lain. Tak semua jemaah mampu tinggal di hotel atau diuruskan oleh pakej tertentu. Di bawah jambatan, kelihatan beribu-ribu mungkin mencapai jutaan manusia yang menginap disitu menunggu waktu wukuf keesokkan harinya. Rasa insaf bermain dihati. Pada waktu ini cuaca di Mekah agak sejuk di malam hari dengan angin yang kuat. Tak dapat saya bayangkan macamana mereka dapat bertahan tidur berbumbungkan langit. Setiba di khemah kami di Arafah kami diberikan makanan yang telah dipekkan.. hmm.. sejuknya macam baru dikeluarkan dari freezer tapi syukur masih ada makanan untuk kami.
Khemah di Arafah - kami menginap satu malam di sini. Khemah dibahagikan kepada beberapa group, satu group dalam 12-16 orang. Berhimpit-himpit jugaklah. Ketidakselesaan di Arafah dan Mina telah dimaklum lebih awal oleh pihak pengurusan. Jadi kami redha dengan apa yang ada.




Tiba waktu wukuf , ada khutbah Arafah and zikir munajat dipimpin oleh ustaz-ustaz yang bertugas. Jemaah diminta berdoa sebanyak yang boleh. Memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan. Boleh dikatakan semua orang menangis waktu ini. Gambar diambil sebelum mulanya khutbah.



Pertama kali melihat Kaabah- terasa sayu sangat, gembira, tak boleh nak describe perasaan tu. Sekarang saya faham apa maksudnya lambaian Kaabah.
View dari Tingkat 1.


View dari Tingkat 2- Minggu pertama di Mekah




Kami lakukan Tawaf Qudum sebaik sahaja sampai di Mekah. Malang nya kerana kurang tenaga dan pengalaman, kami berdua terpaksa mengalah kerana tak tahan dirempuh manusia yang makin ramai datang untuk tawaf pada malam tu. Pagi esok kami dibawa oleh Mutawwir untuk melakukan Tawaf Qudum bersama jemaah Rayhar yang lain. Kali ini Alhamdulillah kami berjaya melakukan tawaf walaupun sekali lagi kami tinggal berdua sahaja kerana jemaah lain semua nya terpisah dalam lautan manusia. Saya bersyukur sebab dapat berpegang pada suami kerana rempuhan manusia tak dapat nak ceritakan dengan kata-kata.




Mekah al Mukarramah

Masjidil Haram dari Pintu Marwah

Entrance Pintu Marwah- Ni la laluan kami hari-hari kat sini, kena rentas tempat saei tingkat 2 ni, turun eskalator ke ground floor untuk solat betul2 dalam masjid. The first 3 weeks, susah sangat nak dapat tempat solat, especially jemaah wanita, jadi selalu nya kami ke masjid satu jam atau setengah jam awal. Kalau sampai on the dot kami solat di tingkat 2 ni. Tupun nak berjalan sampai ke entrance ambik masa jugak. Kalau Subuh, Maghrib dan Isyak best jugak solat kat atas ni, tapi kalau zohor dan Asar panas, kena pakai sunglass kalau tak silau.



Gambar diambil dari tingkat bilik hotel. Kalau waktu solat, jalan ni penuh orang sembahyang, satu keadaan yang kita tak akan nampak kat tempat lain.

Jeddah Airport






We reached Jeddah around 10.00am Saudi , queuing at immigration about 3-4 hours. We managed to get to the resting area at 2pm. Next thing to do - Solat and lunch while waiting for the bus to come and send us to Makkah. Bas datang ikut giliran negara, dah datang tu queue lagi sebab ikut pakej, dah dapat ikut pakej queue lagi ikut no bas yang telah diberi oleh pihak Muasasah Saudi. So kiranya kat sini kita memang dilatih untuk sabar tunggu giliran. Akhirnya bas kami sampai dalam 5.30pm dijangka sampai Mekah waktu solat isyak, around 7.15pm.


Perjalanan Haji 1427- Airport Trg and Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya







The journey begin.....ni kat Airport Kuala Terengganu dan Tabung Haji Kelana Jaya