Sunday, June 17, 2007

Pertama kali melihat Kaabah- terasa sayu sangat, gembira, tak boleh nak describe perasaan tu. Sekarang saya faham apa maksudnya lambaian Kaabah.
View dari Tingkat 1.


View dari Tingkat 2- Minggu pertama di Mekah




Kami lakukan Tawaf Qudum sebaik sahaja sampai di Mekah. Malang nya kerana kurang tenaga dan pengalaman, kami berdua terpaksa mengalah kerana tak tahan dirempuh manusia yang makin ramai datang untuk tawaf pada malam tu. Pagi esok kami dibawa oleh Mutawwir untuk melakukan Tawaf Qudum bersama jemaah Rayhar yang lain. Kali ini Alhamdulillah kami berjaya melakukan tawaf walaupun sekali lagi kami tinggal berdua sahaja kerana jemaah lain semua nya terpisah dalam lautan manusia. Saya bersyukur sebab dapat berpegang pada suami kerana rempuhan manusia tak dapat nak ceritakan dengan kata-kata.




No comments: