Kami bertolak ke padang Arafah selepas solat Isyak. Lagi sekali kami terpaksa menunggu bas. Perjalanan ke Arafah hanya mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Sepanjang perjalanan kami saksikan pemandangan yang lain dari yang lain. Tak semua jemaah mampu tinggal di hotel atau diuruskan oleh pakej tertentu. Di bawah jambatan, kelihatan beribu-ribu mungkin mencapai jutaan manusia yang menginap disitu menunggu waktu wukuf keesokkan harinya. Rasa insaf bermain dihati. Pada waktu ini cuaca di Mekah agak sejuk di malam hari dengan angin yang kuat. Tak dapat saya bayangkan macamana mereka dapat bertahan tidur berbumbungkan langit. Setiba di khemah kami di Arafah kami diberikan makanan yang telah dipekkan.. hmm.. sejuknya macam baru dikeluarkan dari freezer tapi syukur masih ada makanan untuk kami.
Tiba waktu wukuf , ada khutbah Arafah and zikir munajat dipimpin oleh ustaz-ustaz yang bertugas. Jemaah diminta berdoa sebanyak yang boleh. Memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan. Boleh dikatakan semua orang menangis waktu ini. Gambar diambil sebelum mulanya khutbah.
No comments:
Post a Comment